Wednesday, 2 December 2015

Saintis Temui Ikan Di Bawah Ais Setebal 740 Meter




SYDNEY-Sekumpulan sainstis di sini terkejut selepas menemui seekor ikan bewarna merah jambu yang masih hidup di bawah lapisan ais setebal 740 meter.Mereka menemui ikan tersebut selepas menggerudi sebuah lubang kecil di perairan Ross Ice Shelf yang terletak di Antartika.Ikan lut cahaya yang mempunyai organ itu dipercayai mampu hidup kerana mendapat ssumber tenaga kimia dari dalam Bumi berbanding cahaya matahari."Saya sangat terkejut apabila menemui ikan ini kerana kawasan tersebut tidak mempunyai banyak sumber makanan menyebabkan hidupan laut tidak mampu hidup lama ,"kata seorang ahli geologi glasier dari Universiti Illionis Northern Ross Powell.Penemuan ikan pada suhu itu negatif 2 darjah Celcius itu sekaligus mencetuskan satu persoalan baharu bagaimana hidupan laut mampu hidup di bawah suhu sejuk yang melampau.Malah, pasukan sainstis juga turut menemui beberapa ikan kecil yang tidak memiliki tulang belakang.Sementara itu, beberapa penyelidik berkata, salah satu sumber makanan ikan-ikan itu ialah plankton yang tumbuh di dalam laut. Kumpulan penyelidik itu sedang mengkaji ikan berkenaan untuk mengetahui spesies ikan tersebut.

No comments:

Post a Comment