Wednesday 2 December 2015

Peanut Pemenang Anjing Terhodoh Di Dunia

PETALUMA,Carlifornia - Seekor anjing berusia 2 tahun yang bernama Peanut memenangi pertandingan anjing paling hodoh di dunia.Anjing tersebut milik Holly Chandler yang berasal dari Greenville,Carolina Utara, Amerika Syarikat.Menurut Chandler,bulu anjing peliharaannya itu pernah terbakar semasa ia masih kecil. Namun, dia berharap anjingnya itu akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan haiwan. Dia merancang untuk menggunakan hadiah wang kemenangan sebanyak AS$1,500 (RM 4,835) untuk membiayai bil veterinar haiwan lain. Anjing tersebut memiliki bulu bewarna putih dan perang, mata yang berbonjol dan gigi yang terkeluar dari rahang.

No comments:

Post a Comment