Miami- Sebuah keluarga di Alabama berjaya menangkap seekor buaya Amerika (aligator) gergasi seberat 500 kg, reptilia paling besar pernah ditangkap di negara itu setakat ini. Buaya terbabit berukuran 4.5 meter ( 15kaki ) panjang ditangkap pemburu John Stoke bersama isterinya Mandy ,abang iparnya Kevin Jenkins dan dua anak mereka menggunakan pancing besar. Secara sah portal berita AL.com melaporkan , buaya terbabit adalah yang terbesar pernah ditangkap secara sah di Amerika setakat ini.Mereka kemudian membawa buaya itu ke jabatan perikanan dan haiwan liar tempatan untuk dianalisis .Berikutan terlalu berat, aligator terbabit terpaksa diangkat menggunakan jentolak sebelum dapat ditimbang.Stokes berkata,ini adalah kali pertama keluarga beliau memohom permit memburu aligator.Pohon permit "Saya dan keluarga merancang untuk memohon permit memburu buaya lagi pada tahun depan, namun saya harap tidak akan bertemu aligator besar seperti itu," katanya.Buaya Amerika disenaraikan sebagai spesies haiwan terancam di Amerika Syarikat selepas kehilangan habitatnya dan pemburuan tidak terkawal.Bagaimanapun, spesies itu dikeluarkan daripada senarai berkenaan 20 tahun demikian selepas jumlahnya meningkat lebih sejuta ekor. Alabama mula membenarkan pemburuan reptilia itu pada 2011, selepas semakin banyak ditemui di persekitaran yang ramai penduduk.
No comments:
Post a Comment