Tuesday, 1 December 2015
Rusa Kashmir
Rusa bertaring hilang 65 tahun ditemui semula. Spesies yang dipercayai sudah pupus dilihat di Afghanistan. Spesies rusa bertaring Kashmir yang dikatakan sudah pupus ditemui di Afghanistan untuk kali pertama sejak 65 tahun lalu. Kali terakhir ia dilihat ialah pada 1948. Lima insiden spesies rusa Kashmir itu dilihat dan didokumenkan pasukan pertubuhan Hidupan Liar (WCS) di kawasan Nuristan. Untuk mengawan taring rusa jantan seperti pontianak itu tidak digunakan untuk menghisap darah tetapi untuk mengawan. Namun, kelenjar baunya menyebabkan spesies itu diletakkan di dalam Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN). Kelenjar bau itu boleh dijual sehingga AS$45,000 (RM 148,016) di pasaran gelap untuk dijadikan minyak wangi dan ubat. Pasukan WCS menyiarkan penemuan mereka di dalam majalah Oryx edisi Oktober mengesahkan mereka menyaksikan seekor rusa Kashmir jantan bersendirian di dalam kawasan yang sama sebanyak tiga kali.Pada masa yang sama seekor betina bersama anaknya serta seekor betina tanpa anak juga dapat dilihat selepas itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment