Monday, 13 July 2015
''PULAU AOSHIMA''atau''PULAU KUCING''.
Lebih 120 ekor kucing yang kini mendominasi sebuah pulau terpencil di Jepun apabila populasi haiwan itu telah mengatasi jumlah penduduk tempatan . Pulau Aoshima yang dikenali sebagai Pulau Kucing kini menjadi tumpuan para pelancong rata -ratanya terdiri daripada kalangan peminat haiwan itu. Salah seorang pelancong , Makiko Yamasaki ,27, menyifatkan keakraban antara kucing - kucing dan penduduk tempatan di situ. Tanpa sebarang ancaman pemangsa, kucing-kucing bebas berkeliaran dan menikmati makanan yang diberi daripada pelancong yang hadir. Pulau Aoshima boleh dikunjungi dengan menaiki feri . Pulau Aoshima mempunyai penduduk sekitar 900 orang pada tahun 1945 tetapi kini sekitar 20 orang sahaja akibat penghijrahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment