Sunday 13 March 2016

BADAK MILIKI SUMBU BENGKOK KE BAWAH

RIZAB HIDUPAN LIAR HILUHLUWE,Afrika Selatan-Seekor badak sumbu yang mempunyai sumbu yang pelik dirakam di sebuah rizab perlindungan hidupan liar di Afrika Selatan baru2 ini.Badak sumbu putih di Rezab Hidupan Liar Hluhluwe itu mempunyai sumbu dua kali ganda lebih panjang daripada badak lain tetapi membengkok ke depan berbanding kebiasaannya bengkok ke atas .Warga Afrika Selatan ,Celia Watkins,54,berjaya merakam gambar badak tersebut ketika haiwan itu berjalan skitar 2 meter dari kereta safari yang dinaikinya.Punca bentuk pelik sumbu itu belum diketahui ttapi perubahan luar biasa seperti itu mungkin belaku selepas operasi pihak berkuasa memotong sumbu asal badak tersebut bagi melindunginya daripada pemburu haram."Saya tidak pasti kenapa sumbu salah seekor badak itu jadi begitu tetapi ada orang memaklumkan kepada saya bahawa panjang dan berat sumbu bergantung kepada kekuatan tapaknya pada hidung haiwan tersebut"kata Watkins.

No comments:

Post a Comment