Wednesday, 2 December 2015

Saintis Temui Ikan Di Bawah Ais Setebal 740 Meter




SYDNEY-Sekumpulan sainstis di sini terkejut selepas menemui seekor ikan bewarna merah jambu yang masih hidup di bawah lapisan ais setebal 740 meter.Mereka menemui ikan tersebut selepas menggerudi sebuah lubang kecil di perairan Ross Ice Shelf yang terletak di Antartika.Ikan lut cahaya yang mempunyai organ itu dipercayai mampu hidup kerana mendapat ssumber tenaga kimia dari dalam Bumi berbanding cahaya matahari."Saya sangat terkejut apabila menemui ikan ini kerana kawasan tersebut tidak mempunyai banyak sumber makanan menyebabkan hidupan laut tidak mampu hidup lama ,"kata seorang ahli geologi glasier dari Universiti Illionis Northern Ross Powell.Penemuan ikan pada suhu itu negatif 2 darjah Celcius itu sekaligus mencetuskan satu persoalan baharu bagaimana hidupan laut mampu hidup di bawah suhu sejuk yang melampau.Malah, pasukan sainstis juga turut menemui beberapa ikan kecil yang tidak memiliki tulang belakang.Sementara itu, beberapa penyelidik berkata, salah satu sumber makanan ikan-ikan itu ialah plankton yang tumbuh di dalam laut. Kumpulan penyelidik itu sedang mengkaji ikan berkenaan untuk mengetahui spesies ikan tersebut.

Ular Biru Lebih Ganas Daripada Orok-Orok

TEXAS- Seekor ular biru yang dirakam menelan seekor ular jenis orok-orok diamondback  di sebuah tapak pembinaan di sini memperlihatkan seolah-olah reptilia itu lebih ganas dan berbisa daripada lawannya.Rakaman video itu menunjukkan ular bewarna biru tersebut mengheret ular orok-orok ke satu tempat sebelum mengunyahnya secara perlahan-lahan.Ular biru itu yang turut dikenali sebagai  ular gopher dikatakan mampu membesar sehingga 2.5 meter.Ular berkenaan yang merupakan sejenis spesies terlindung juga didapati kebal dengan bisa ular lain. Rakam video aksi ular biru berkenaan yang dimuat naik di Youtube itu kini menjadi viral selepas dikongsi beribu-ribu pengguna laman sosial.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              ULAR BERTARUNG

Buaya Terbesar AS Ditangkap

Miami- Sebuah keluarga di Alabama berjaya menangkap seekor buaya Amerika (aligator) gergasi seberat 500 kg, reptilia paling besar pernah ditangkap di negara itu setakat ini.     Buaya terbabit berukuran 4.5 meter  ( 15kaki ) panjang ditangkap pemburu John Stoke bersama isterinya Mandy ,abang iparnya Kevin Jenkins dan dua anak mereka menggunakan pancing besar. Secara sah portal berita AL.com melaporkan , buaya terbabit adalah yang terbesar pernah ditangkap secara sah di Amerika setakat ini.Mereka kemudian membawa buaya itu ke jabatan perikanan dan haiwan liar tempatan untuk dianalisis .Berikutan terlalu berat, aligator terbabit terpaksa diangkat menggunakan jentolak sebelum dapat ditimbang.Stokes berkata,ini adalah kali pertama keluarga beliau memohom permit memburu aligator.Pohon permit "Saya dan keluarga merancang untuk memohon permit memburu buaya lagi pada tahun depan, namun saya harap tidak akan bertemu aligator besar seperti itu," katanya.Buaya Amerika disenaraikan sebagai spesies haiwan terancam di Amerika Syarikat selepas kehilangan habitatnya dan pemburuan tidak terkawal.Bagaimanapun, spesies itu dikeluarkan daripada senarai berkenaan 20 tahun demikian selepas jumlahnya meningkat lebih sejuta ekor. Alabama mula membenarkan pemburuan reptilia itu pada 2011, selepas semakin banyak ditemui di persekitaran yang ramai penduduk.

Peanut Pemenang Anjing Terhodoh Di Dunia

PETALUMA,Carlifornia - Seekor anjing berusia 2 tahun yang bernama Peanut memenangi pertandingan anjing paling hodoh di dunia.Anjing tersebut milik Holly Chandler yang berasal dari Greenville,Carolina Utara, Amerika Syarikat.Menurut Chandler,bulu anjing peliharaannya itu pernah terbakar semasa ia masih kecil. Namun, dia berharap anjingnya itu akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan haiwan. Dia merancang untuk menggunakan hadiah wang kemenangan sebanyak AS$1,500 (RM 4,835) untuk membiayai bil veterinar haiwan lain. Anjing tersebut memiliki bulu bewarna putih dan perang, mata yang berbonjol dan gigi yang terkeluar dari rahang.

Tuesday, 1 December 2015

Rusa Kashmir

Rusa bertaring hilang 65 tahun ditemui semula. Spesies yang dipercayai sudah pupus dilihat di Afghanistan. Spesies rusa bertaring Kashmir yang dikatakan sudah pupus ditemui di Afghanistan untuk kali pertama sejak 65 tahun lalu. Kali terakhir ia dilihat ialah pada 1948. Lima insiden spesies rusa Kashmir itu dilihat dan didokumenkan pasukan pertubuhan Hidupan Liar (WCS) di kawasan Nuristan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Untuk mengawan taring rusa jantan seperti pontianak itu tidak digunakan untuk menghisap darah tetapi untuk mengawan. Namun, kelenjar baunya menyebabkan spesies itu diletakkan di dalam Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN). Kelenjar bau itu boleh dijual sehingga AS$45,000 (RM 148,016) di pasaran gelap untuk dijadikan minyak wangi dan ubat. Pasukan WCS menyiarkan penemuan mereka di dalam majalah Oryx edisi Oktober mengesahkan       mereka menyaksikan seekor rusa Kashmir jantan bersendirian  di dalam kawasan yang sama                sebanyak tiga kali.Pada masa yang sama seekor betina bersama anaknya serta seekor betina tanpa anak juga dapat dilihat selepas itu.