Monday, 13 July 2015

''PULAU AOSHIMA''atau''PULAU KUCING''.

Lebih 120 ekor kucing yang kini mendominasi sebuah pulau terpencil di Jepun apabila populasi haiwan itu telah mengatasi jumlah penduduk tempatan . Pulau Aoshima yang dikenali sebagai Pulau Kucing kini menjadi tumpuan para pelancong rata -ratanya terdiri       daripada kalangan peminat haiwan itu. Salah seorang pelancong , Makiko Yamasaki             ,27, menyifatkan keakraban antara kucing - kucing dan penduduk tempatan di situ. Tanpa      sebarang ancaman pemangsa, kucing-kucing bebas berkeliaran dan menikmati makanan     yang diberi daripada pelancong yang hadir. Pulau Aoshima boleh dikunjungi dengan           menaiki feri . Pulau Aoshima mempunyai penduduk sekitar 900 orang pada tahun 1945         tetapi kini sekitar 20 orang sahaja akibat penghijrahan.

Friday, 10 July 2015

KUCING TERTUA DI DUNIA

Seekor kucing betina yang menyambut hari lahirnya ke- 27 sekaligus menobatkannya sebagai kucing tertua di dunia.Kucing ini,Tiffany Two diiktiraf kucing tertua oleh Guinnes       World of Record kerana ia berumur 125 tahun jika dibandingkan umur manusia.Kucing ini      dilahirkan pada 13 Mac 1988 dan dipelihara oleh Sharron Voorhees sejak berusia enam minggu.Voorhees membeli Tiffany Two pada harga $10 (RM37).Kucing ini diberi nama Tiffany Two kerana rupanya yang mirip kucing milik Voorhees bernama Tiffany One yang      mati akibat penyakit kanser.Dua ekor anjing turut dipelihara untuk dijadikan kawan kepada    Tiffany Two.

Thursday, 9 July 2015

BORIS SI BERUANG POLAR

Seekor beruang polar seberat 363 kilogram terpaksa menjalani pembedahan tersebut tiga batang giginya yang sudah mereput kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan kuman .Beruang ini dikenali sebagai Boris . Kejadian,ini pernah terjadi dua tahun lepas,dan Boris diberi makanan lembut dan perlu mengelakkan makanan yang manis.Boris tinggal bersama dua ekor beruang polar lain di zoo dan merupakan antara tertua dalam spesies haiwan itu    dalam kurungan di Amerika Utara.Boris hidup dua kali ganda lebih lama berbanding jangka hayat beruang biasa.  Salah satu gigi Boris yang dicabut                                                                                                               

ULAR MAKAN BUAYA

Gila-gila ular makan buaya  macam tak percaya  .Seorang lelaki yang bernama Corlis  yang memerhatikan pertarungan itu di Tasik Moondarra,berdekatan pekan melombong di Gunung Isa .Ular dipercayai sepanjang kira -kira 3.3 meter panjang dan kelihatan sihat.Kedua-dua haiwan bertarung dengan dahsyat di dalam air .Kira-kira 10 minit kemudian buaya itu sudah tiada.Hal ini disebabkan  faktor alam semula jadi.
saat terakhir buaya dimakan

LIGER KUCING TERBESAR DI DUNIA

Liger merupakan kucing terbesar di dunia. Memang sukar dipercayai kerana  Liger ialah haiwan kacukan .Ibu Liger ialah  harimau  manakala bapa Liger ialah singa.Berat Liger ialah 418 kilogram dan panjang Liger 3 meter.Hercules  nama yang diberi oleh             tuannya.Sekarang,Hercules dijaga rapi di pusat pemeliharaan hidupan liar Myrtle Beach Safari di selatan Carolina.Hercules disahkan sebagai spesies kucing terbesar oleh Guinness Book of World Record .Kita boleh mati  jika  Liger duduk diatas kita.

Monday, 16 December 2013

ZOO NERAKA


 Ini  adalah harimau yang berada di Surabaya Zoo. Cuba anda lihat betapa kesiannya harimau yang kurus ni. Beberapa haiwan  di Surabaya Zoo ini hanyalah makan plastik dan lain-lain. Saya  rasa macam ni bukan zoo tapi macam NERAKA haiwan!!! . Sampai orang putih pun komplen. Takkan haiwan nak puasa pula.NASIB baik diorang tutup zoo ni.

Tuesday, 16 July 2013

Burung enggang

Burung Enggang (bahasa InggerisHornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduklembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama sainsnya "Buceros" merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalambahasa Yunani.
Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal endemik di bahagian selatan Afrika.

Ciri-ciri[sunting]

Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selutnajis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.
Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.

Jenis Enggang[sunting]

Antara jenis-jenis burung Enggang adalah:-
  1. Burung Enggang Badak
  2. Burung Enggang Jambul Hitam
  3. Burung Enggang Belukar
  4. Burung Enggang Jawa
  5. Burung Enggang Kedut
  6. Burung Enggang Papan
  7. Burung Enggang Tangling
  8. Burung Enggang Kelingking
  9. Burung Enggang Gunung
  10. Burung Enggang Belantara
  11. Burung Enggang Belulang
  12. Burung Enggang Tebang Mentua
  13. Burung Enggang Bukit
  14. Burung Enggang Jambul Putih
  15. Burung Enggang Dahan
  16. Burung Enggang Gatal Birah
  17. Burung Enggang Paruh Merah