Friday, 10 July 2015
KUCING TERTUA DI DUNIA
Thursday, 9 July 2015
BORIS SI BERUANG POLAR
ULAR MAKAN BUAYA
Gila-gila ular makan buaya macam tak percaya .Seorang lelaki yang bernama Corlis yang memerhatikan pertarungan itu di Tasik Moondarra,berdekatan pekan melombong di Gunung Isa .Ular dipercayai sepanjang kira -kira 3.3 meter panjang dan kelihatan sihat.Kedua-dua haiwan bertarung dengan dahsyat di dalam air .Kira-kira 10 minit kemudian buaya itu sudah tiada.Hal ini disebabkan faktor alam semula jadi.
LIGER KUCING TERBESAR DI DUNIA
Liger merupakan kucing terbesar di dunia. Memang sukar dipercayai kerana Liger ialah haiwan kacukan .Ibu Liger ialah harimau manakala bapa Liger ialah singa.Berat Liger ialah 418 kilogram dan panjang Liger 3 meter.Hercules nama yang diberi oleh tuannya.Sekarang,Hercules dijaga rapi di pusat pemeliharaan hidupan liar Myrtle Beach Safari di selatan Carolina.Hercules disahkan sebagai spesies kucing terbesar oleh Guinness Book of World Record .Kita boleh mati jika Liger duduk diatas kita.
Monday, 16 December 2013
ZOO NERAKA
Ini adalah harimau yang berada di Surabaya Zoo. Cuba anda lihat betapa kesiannya harimau yang kurus ni. Beberapa haiwan di Surabaya Zoo ini hanyalah makan plastik dan lain-lain. Saya rasa macam ni bukan zoo tapi macam NERAKA haiwan!!! . Sampai orang putih pun komplen. Takkan haiwan nak puasa pula.NASIB baik diorang tutup zoo ni.
Tuesday, 16 July 2013
Burung enggang
Burung Enggang (bahasa Inggeris: Hornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduklembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama sainsnya "Buceros" merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalambahasa Yunani.
Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal endemik di bahagian selatan Afrika.
Ciri-ciri[sunting]
Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.
Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.
Jenis Enggang[sunting]
Antara jenis-jenis burung Enggang adalah:-
- Burung Enggang Badak
- Burung Enggang Jambul Hitam
- Burung Enggang Belukar
- Burung Enggang Jawa
- Burung Enggang Kedut
- Burung Enggang Papan
- Burung Enggang Tangling
- Burung Enggang Kelingking
- Burung Enggang Gunung
- Burung Enggang Belantara
- Burung Enggang Belulang
- Burung Enggang Tebang Mentua
- Burung Enggang Bukit
- Burung Enggang Jambul Putih
- Burung Enggang Dahan
- Burung Enggang Gatal Birah
- Burung Enggang Paruh Merah
Monday, 15 July 2013
Orang-Utan
Kelakuan[sunting]Jika dibandingkan dengan Orang utan Borneo, Orang utan Sumatera lebih cenderung memakan buah-buahan serta serangga.[3] Buah kegemarannya termasuklah buah pokok ara dan nangka. Ia juga akan memakan telur burung serta haiwan vertebrata kecil.[4] Orang utan Sumatera tidak banyak menghabiskan masa untuk makan bahagian dalam kulit pokok.
Orang utan Sumatera liar di paya Suaq Balimbing dikenal pasti menggunakan peralatan.[5] Seekor orang utan akan mematahkan dahan pokok sepanjang lebih kurang sekaki, memijak rantai serta menjadikan salah satu hujungnya berbulu. Ia kemudiannya menggunakan batang kayu tersebut untuk menggali lubang pokok untuk mencari anai-anai. Ia juga menggunakan batang kayu itu untuk merodok dinding sarang lebah, menggerakkannya serta mengambil madunya. Sebagai tambahan, orang utan juga menggunakan peralatan untuk memakan buah. Semasa buah pokok Neesia masak, kulitnya yang keras dan beralun akan menjadi lembut sehingga ia gugur dan terbuka. Di dalamnya terdapat biji yang disukai orang utan, tetapi diselaputi rerambut seakan gentian kaca yang menyebabkan kesakitan jika termakan. Orang utan pemakanNeesia ini akan memilih kayu sepanjang lima inci, mengopek kulitnya, dan kemudian mengumpulkan rerambut dengan menggunakan kayu tersebut. Setelah buat tersebut selamat dimakan, orang utan akan makan biji-biji tersebut sama ada menggunakan batang kayu ataupun jari. Walaupun paya yang sama terdapat di, Orang utan Borneo liar tidak pula dilihat menggunakan peralatan seperti itu.
NHNZ telah merakam aksi Orang utan Sumatera untuk rancangan Wild Asia: In the Realm of the Red Ape; rancangan tersebut menunjukkan seekor orang utan menggunakan satu alatan mudah, sebatang ranting, untuk mengopek buah dari tempat yang sukar. Terdapat juga babak seekor haiwan menggunakan sehelai daun besar sebagai payung semasa hujan ribut yang lebat.
Orang utan Sumatera lebih banyak hidup di atas pokok berbanding orang utan Borneo; ia berkemungkinan disebabkan kehadiran haiwan pemangsa yang besar seperti harimau Sumatera. Ia bergerak dari pokok ke pokok melalui pembrakiuman.
Subscribe to:
Posts (Atom)