Kelakuan[sunting]Jika dibandingkan dengan Orang utan Borneo, Orang utan Sumatera lebih cenderung memakan buah-buahan serta serangga.[3] Buah kegemarannya termasuklah buah pokok ara dan nangka. Ia juga akan memakan telur burung serta haiwan vertebrata kecil.[4] Orang utan Sumatera tidak banyak menghabiskan masa untuk makan bahagian dalam kulit pokok.
Orang utan Sumatera liar di paya Suaq Balimbing dikenal pasti menggunakan peralatan.[5] Seekor orang utan akan mematahkan dahan pokok sepanjang lebih kurang sekaki, memijak rantai serta menjadikan salah satu hujungnya berbulu. Ia kemudiannya menggunakan batang kayu tersebut untuk menggali lubang pokok untuk mencari anai-anai. Ia juga menggunakan batang kayu itu untuk merodok dinding sarang lebah, menggerakkannya serta mengambil madunya. Sebagai tambahan, orang utan juga menggunakan peralatan untuk memakan buah. Semasa buah pokok Neesia masak, kulitnya yang keras dan beralun akan menjadi lembut sehingga ia gugur dan terbuka. Di dalamnya terdapat biji yang disukai orang utan, tetapi diselaputi rerambut seakan gentian kaca yang menyebabkan kesakitan jika termakan. Orang utan pemakanNeesia ini akan memilih kayu sepanjang lima inci, mengopek kulitnya, dan kemudian mengumpulkan rerambut dengan menggunakan kayu tersebut. Setelah buat tersebut selamat dimakan, orang utan akan makan biji-biji tersebut sama ada menggunakan batang kayu ataupun jari. Walaupun paya yang sama terdapat di, Orang utan Borneo liar tidak pula dilihat menggunakan peralatan seperti itu.
NHNZ telah merakam aksi Orang utan Sumatera untuk rancangan Wild Asia: In the Realm of the Red Ape; rancangan tersebut menunjukkan seekor orang utan menggunakan satu alatan mudah, sebatang ranting, untuk mengopek buah dari tempat yang sukar. Terdapat juga babak seekor haiwan menggunakan sehelai daun besar sebagai payung semasa hujan ribut yang lebat.
Orang utan Sumatera lebih banyak hidup di atas pokok berbanding orang utan Borneo; ia berkemungkinan disebabkan kehadiran haiwan pemangsa yang besar seperti harimau Sumatera. Ia bergerak dari pokok ke pokok melalui pembrakiuman.
No comments:
Post a Comment