Saturday 8 June 2013

HELANG

Ini adalah burung helang. Siapa yang tidak kenal burung helang. Selain kuat dan tinggi, ia juga memiliki penglihatan yang sangat tajam sehingga mangsa yang jauh berpuluh kilometer pun dapat dikesan. Sebab itulah burung helang dijadikan sebgai simbolik oleh beberapa negara di dunia.Namun, ada beberapa fakta penting tentang burung helang yang sangat menarik untuk kita ketahui dan dijadikan pengajaran. Burung helang mampu hidup lebih lama daripada umur manusia pada umumnya iaitu 70 tahun. Namun untuk mencapai umur seperti ini, helang harus berjuang dengan kuat. Ketika umur helang mencapai 30 tahun, kukunya sudah mulai panjang. Sayapnya pun sudah mulai lebat sehingga susah untuk terbang tinggi. Begitu juga dengan paruhnya yang semakin panjang sehingga sangat susah untuk menerkam mangsanya. Bahkan beberapa sumber mengatakan bahawa pada umur tersebut, panjang paruh helang boleh mencecah ke dadanya. Adakah riwayat burung helang akan tamat?

No comments:

Post a Comment