Monday, 13 July 2015

''PULAU AOSHIMA''atau''PULAU KUCING''.

Lebih 120 ekor kucing yang kini mendominasi sebuah pulau terpencil di Jepun apabila populasi haiwan itu telah mengatasi jumlah penduduk tempatan . Pulau Aoshima yang dikenali sebagai Pulau Kucing kini menjadi tumpuan para pelancong rata -ratanya terdiri       daripada kalangan peminat haiwan itu. Salah seorang pelancong , Makiko Yamasaki             ,27, menyifatkan keakraban antara kucing - kucing dan penduduk tempatan di situ. Tanpa      sebarang ancaman pemangsa, kucing-kucing bebas berkeliaran dan menikmati makanan     yang diberi daripada pelancong yang hadir. Pulau Aoshima boleh dikunjungi dengan           menaiki feri . Pulau Aoshima mempunyai penduduk sekitar 900 orang pada tahun 1945         tetapi kini sekitar 20 orang sahaja akibat penghijrahan.

Friday, 10 July 2015

KUCING TERTUA DI DUNIA

Seekor kucing betina yang menyambut hari lahirnya ke- 27 sekaligus menobatkannya sebagai kucing tertua di dunia.Kucing ini,Tiffany Two diiktiraf kucing tertua oleh Guinnes       World of Record kerana ia berumur 125 tahun jika dibandingkan umur manusia.Kucing ini      dilahirkan pada 13 Mac 1988 dan dipelihara oleh Sharron Voorhees sejak berusia enam minggu.Voorhees membeli Tiffany Two pada harga $10 (RM37).Kucing ini diberi nama Tiffany Two kerana rupanya yang mirip kucing milik Voorhees bernama Tiffany One yang      mati akibat penyakit kanser.Dua ekor anjing turut dipelihara untuk dijadikan kawan kepada    Tiffany Two.

Thursday, 9 July 2015

BORIS SI BERUANG POLAR

Seekor beruang polar seberat 363 kilogram terpaksa menjalani pembedahan tersebut tiga batang giginya yang sudah mereput kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan kuman .Beruang ini dikenali sebagai Boris . Kejadian,ini pernah terjadi dua tahun lepas,dan Boris diberi makanan lembut dan perlu mengelakkan makanan yang manis.Boris tinggal bersama dua ekor beruang polar lain di zoo dan merupakan antara tertua dalam spesies haiwan itu    dalam kurungan di Amerika Utara.Boris hidup dua kali ganda lebih lama berbanding jangka hayat beruang biasa.  Salah satu gigi Boris yang dicabut                                                                                                               

ULAR MAKAN BUAYA

Gila-gila ular makan buaya  macam tak percaya  .Seorang lelaki yang bernama Corlis  yang memerhatikan pertarungan itu di Tasik Moondarra,berdekatan pekan melombong di Gunung Isa .Ular dipercayai sepanjang kira -kira 3.3 meter panjang dan kelihatan sihat.Kedua-dua haiwan bertarung dengan dahsyat di dalam air .Kira-kira 10 minit kemudian buaya itu sudah tiada.Hal ini disebabkan  faktor alam semula jadi.
saat terakhir buaya dimakan

LIGER KUCING TERBESAR DI DUNIA

Liger merupakan kucing terbesar di dunia. Memang sukar dipercayai kerana  Liger ialah haiwan kacukan .Ibu Liger ialah  harimau  manakala bapa Liger ialah singa.Berat Liger ialah 418 kilogram dan panjang Liger 3 meter.Hercules  nama yang diberi oleh             tuannya.Sekarang,Hercules dijaga rapi di pusat pemeliharaan hidupan liar Myrtle Beach Safari di selatan Carolina.Hercules disahkan sebagai spesies kucing terbesar oleh Guinness Book of World Record .Kita boleh mati  jika  Liger duduk diatas kita.