Tuesday, 16 July 2013

Burung enggang

Burung Enggang (bahasa InggerisHornbill) adalah sejenis burung yang mempunyai paruh berbentuk tanduklembu tetapi tanpa lingkaran, kadang kala dengan kask pada bahagian atas mandibel. Biasanya paruhnya itu berwarna garang. Nama sainsnya "Buceros" merujuk kepada bentuk paruh, dan bererti "tanduk lembu" dalambahasa Yunani.
Burung Enggang tergolong dalam kumpulan Bucerotidae yang termasuk 57 spesies. Sembilan spesies daripadanya berasal endemik di bahagian selatan Afrika.

Ciri-ciri[sunting]

Semasa pengeraman, enggang betina bertelur sehingga enam biji telur putih terkurung di dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selutnajis, dan kulit buah. Hanya terdapat satu bukaan kecil yang muat bagi burung jantan menghulur makanan kepada anak burung dan burung enggang betina.
Apabila anak burung dan burung betina tidak lagi muat dalam sarang, burung betina akan memecahkan sarang untuk keluar dan membina semula dinding tersebut, dan kedua burung dewasa akan mencari makanan bagi anak-anak burung. Dalam sebahagian spesies, anak-anak burung itu sendiri membina kembali dinding yang pecah itu tanpa bantuan burung dewasa.

Jenis Enggang[sunting]

Antara jenis-jenis burung Enggang adalah:-
  1. Burung Enggang Badak
  2. Burung Enggang Jambul Hitam
  3. Burung Enggang Belukar
  4. Burung Enggang Jawa
  5. Burung Enggang Kedut
  6. Burung Enggang Papan
  7. Burung Enggang Tangling
  8. Burung Enggang Kelingking
  9. Burung Enggang Gunung
  10. Burung Enggang Belantara
  11. Burung Enggang Belulang
  12. Burung Enggang Tebang Mentua
  13. Burung Enggang Bukit
  14. Burung Enggang Jambul Putih
  15. Burung Enggang Dahan
  16. Burung Enggang Gatal Birah
  17. Burung Enggang Paruh Merah

Monday, 15 July 2013

Orang-Utan


Ini adalah orang-utan. Orang utan Sumatera (Pongo abelii) merupakan salah satu daripada dua spesies orang utan. Ditemui hanya di pulau Sumatera di Indonesia, ia lebih jarang dan lebih kecil daripada Orang utan Borneo. Orang utan Sumatera membesar sehingga ketinggiannya mencapai 1.4 meter (4.6 ka) dan berat sehingga 90 kilogram (200 lb) bagi orang utan jantan. Orang utan betina pula adalah lebih kecil, dengan purata ketinggian 90 sentimeter (3.0 ka) dan berat 45 kilogram (99 lb). 

Kelakuan[sunting]Jika dibandingkan dengan Orang utan Borneo, Orang utan Sumatera lebih cenderung memakan buah-buahan serta serangga.[3] Buah kegemarannya termasuklah buah pokok ara dan nangka. Ia juga akan memakan telur burung serta haiwan vertebrata kecil.[4] Orang utan Sumatera tidak banyak menghabiskan masa untuk makan bahagian dalam kulit pokok.

Orang utan Sumatera liar di paya Suaq Balimbing dikenal pasti menggunakan peralatan.[5] Seekor orang utan akan mematahkan dahan pokok sepanjang lebih kurang sekaki, memijak rantai serta menjadikan salah satu hujungnya berbulu. Ia kemudiannya menggunakan batang kayu tersebut untuk menggali lubang pokok untuk mencari anai-anai. Ia juga menggunakan batang kayu itu untuk merodok dinding sarang lebah, menggerakkannya serta mengambil madunya. Sebagai tambahan, orang utan juga menggunakan peralatan untuk memakan buah. Semasa buah pokok Neesia masak, kulitnya yang keras dan beralun akan menjadi lembut sehingga ia gugur dan terbuka. Di dalamnya terdapat biji yang disukai orang utan, tetapi diselaputi rerambut seakan gentian kaca yang menyebabkan kesakitan jika termakan. Orang utan pemakanNeesia ini akan memilih kayu sepanjang lima inci, mengopek kulitnya, dan kemudian mengumpulkan rerambut dengan menggunakan kayu tersebut. Setelah buat tersebut selamat dimakan, orang utan akan makan biji-biji tersebut sama ada menggunakan batang kayu ataupun jari. Walaupun paya yang sama terdapat di, Orang utan Borneo liar tidak pula dilihat menggunakan peralatan seperti itu.
NHNZ telah merakam aksi Orang utan Sumatera untuk rancangan Wild Asia: In the Realm of the Red Ape; rancangan tersebut menunjukkan seekor orang utan menggunakan satu alatan mudah, sebatang ranting, untuk mengopek buah dari tempat yang sukar. Terdapat juga babak seekor haiwan menggunakan sehelai daun besar sebagai payung semasa hujan ribut yang lebat.
Orang utan Sumatera lebih banyak hidup di atas pokok berbanding orang utan Borneo; ia berkemungkinan disebabkan kehadiran haiwan pemangsa yang besar seperti harimau Sumatera. Ia bergerak dari pokok ke pokok melalui pembrakiuman.

Saturday, 13 July 2013

IKAN JERUNG


Ini adalah ikan jerung. Yu atau jerung adalah sekelompok (superordo Selachimorpha) ikan dengan kerangka tulang muda yang lengkap dan tubuh yang ramping. Mereka bernafas dengan menggunakan lima liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesies) di sisi, atau di belakang kepalanya. Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulit mereka dari kerosakan, dari parasit, dan untuk menmperbaiki dinamik cecair. Mereka mempunyai beberapa deret gigi yang dapat diganti. Berbeza dengan pandangan umm, yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali terasa terancam. Ikan yu mencakup spesies yang berukuran sebesar telapak tangan yu pigmi, Euprotomicrus bispinatus, sebuah spesies dari laut dalam yang panjangnya hanya 22 cm, hingga yu paus, Rhincodon typus, ikan terbesar, yang bertumbuh hingga sekitar 12 meter dan yang, seperti ikan paus, hanya makan plankton melalui alat penyaring di mulutnya. Yu banteng, Carcharhinus leucas, adalah yang paling terkenal dari beberapa spesies yang berenang di air laut mahupun air tawar (jenis ini ditemukan di Tasik Nicaragua, di Amerika Tengah) dan di delta-delta.Kerangka yu sangat berbeda dibandingkan dengan ikan-ikan bertulang seperti misalnya ikan kod, karena terbuat dari tulang muda, yang sangat ringan dan lentur, meskipun tulang muda di ikan-ikan hiu yang lebih tua kadang-kadang sebagian bisa mengapur, sehingga membuatnya lebih keras dan lebih seperti tulang. Rahang yu beraneka ragam dan diduga telah berevolusi dari rongga insang yang pertama. Rahang ini tidak melekat pada kranium dan mempunyai deposit mineral tambahan yang memberikannya kekuatan yang lebih besar.   Yu umumnya lambat mencapai kedewasaan seksualnya dan menghasilkan sedikit sekali keturunan dibandingkan dengan ikan-ikan lainnya yang dipanen. Ini telah menimbulkan keprihatinan di antara para biologiwan kerana meningkatnya usaha yang dilakukan untuk menangkap ikan yu selama ini, dan banyak spesies yang kini dianggap terancam punah.
Beberapa organisasi, seperti misalnya Shark Trust, melakukan kampanya untuk membatasi penangkapan yu.